Selasa, 14 Oktober 2008

kempen PRK bermula

Syabas dan tahniah kepada calon2 khususnya di UPSI yang berjaya melepasi halangan untuk masuk bertanding dalam PRK sesi 08/09. tidak kira anda calon fakulti atau umum, aspirasi atau pro mahasiswa diharap dapat membela kebajikan pelajar. jadilah seperti Umar Al-Khattab yang mempunyai hanya dua helai baju sahaja semasa menjadi pemimpin disebuah empayar yang besar yang telah menakluki Parsi pada zaman pemerintahannya. Sahabat telah membilang iaitu terdapat 70 tampalan pada baju Umar. jadi kepada semua calon yang bakal menjadi pemimpin walaupun dalam sebuah komuniti yang kecil bagus kiranya dapat meniru teladan seperti Khalifah Umar.

jangan manifesto sahaja yang yang cantik dan menarik tapi habuk pun takde hehe.

Selamat Berjuang kepada semua calon,
Takbir 3kali

Ahad, 12 Oktober 2008

FADHILAT SURAH

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-QURAN

SURAH AL-KAHFIDaripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
SURAH AS-SAJDAHDan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata: "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"
SURAH YAASINDaripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata: "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHANDaripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".
SURAH AL-WAQIAHRasulullah saw bersabda: " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"
SURAH AL-MULKDaripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"Dan Nabi saw bersabda: "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".
SURAH AL-HASYARNabi saw bersabda: "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"

AMALKAN SEBELUM TIDOR

Nak tido dah ke? Nati betar... Ade perkara yang kita tak buat lagi ni. Ape nye? Ha.. bace ni :1. Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?4. Kemudian ulangilah pandangan (mu) itu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kejahatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dan sia-sia).5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka seksa neraka yang menyala-nyala.6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak.8. Hampir-hampir (neraka ) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi ingatan?"9. Mereka menjawab: "Benar ada," Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatupun: kamu tidak lain hanyalah dalam kesesatan yang nyata.10. Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.11. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.12. Sesungguhnya orang yang takut kepada tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.13. Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah, sesungguhnya Dia adalah al-‘alim (Maha Mengetahui) apa yang ada dalam dada.14. Tidakkah Dia (Allah) mengetahui apa yang Dia ciptakan? Dan Dia adalah al-Latif (Maha Halus), lagi al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal).15. Dia yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan kepada-Nya kamu kembali.16. Apakah kamu berasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Allah akan menunggang balikkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi itu bergoncang?17. Atau apakah kamu berasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan mengirimkan angin yang mengandungi batu-batu? Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimanakah peringatan-Ku.18. Dan sesungguhnya orang yang sebelum mereka telah mendustakan. Maka bagaimanakah kemurkaan Allah?19. Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya selain al-Rahman (Yang Maha Pemurah). Sesungguhnya Dia terhadap segala sesuatu adalah al-Basir (Maha Melihat).20. Atau siapakah yang menjadi tentera bagimu yang akan menolongmu selain daripada al-Rahman (Yang Maha Pemurah)? Orang kafir itu tidak lain hanyalah dalam keadaan tertipu.21. Atau siapakah yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya? Bahkan mereka terus-menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri?22. Maka apakah orang yang berjalan tertiarap di atas mukanya itu lebih mendapat petunjuk atau orang yang berjalan tegak di atas jalan yang lurus?23. Katakanlah: "Dia yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan dan hati.” Sedikit sahaja kamu yang bersyukur.24. Katakanlah: "Dia yang menjadikan kamu berkembang biak di bumi, dan kepada-Nya kamu sekalian dikumpulkan.”25: Dan mereka berkata: "Bilakah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang yang benar?”26. Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu tentang itu hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang nyata.”27. Tatkala mereka melihatnya sudah dekat, muka orang kafir itu menjadi muram. Dan dikatakan: “Inilah yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya.”28. Katakanlah: "Adakah kamu perhatikan, jika Allah membinasakan aku dan orang yang bersama dengan aku, atau Allah memberi rahmat kepada kami, tetapi siapakah yang melindungi orang yang kafir daripada seksa yang pedih?"29. Katakanlah: "Dia ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata.”30. Katakanlah: "Adakah kamu perhatikan, jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir kepada kamu?”Ha.. dah bace ni belum sebelum tidur? Kalau belum, bolehlah ambil wuduk kemudian bukalah al-Quran, juzuk ke 29 surah yang ke 67. Inilah dinamakan surah al-Mulk yang bermaksud kuasa pemerintahan. Kenapa kena baca surah ni? Ada beberapa hadis yang saya pernah terbaca berkenaan kelebihan surah al-Mulk ni. Mari kita tengok apa kelebihannya.Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu surah Al-Mulk." (H.R al-Nasai')Diriwayatkan at-Tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, sanggup melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga iaitu surah Al Mulk. Surah Al-Mulk adalah penghalang siksa kubur"."Dari Rasulullah s.a.w. bahawanya orang yang membaca surah Al mulk setiap malam, maka apabila berada di alam kubur akan mendapat pembela dan terhindar dari segala fitnah ajalnya"Nabi juga suka orang yang ada surah almulk di dadanya (hafal surah almulk).


sama-samalh kita amalkn
peringatan untuk ambo dan sekelian muslimin muslimat mukminin mukminat

Sabtu, 11 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERPUASA 6

kepada sesiapa yang membuka blog ini ambo mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sunat 6 iaitu puasa selama 6 hari pada bulan syawal. kelebihan puasa 6 hari pada bulan syawal adalah bagi melengkapkan sambungan daripada puasa dibulan ramadhan dimana pahalanya seperti setahun berpuasa.

kullu am wa antum bi khair