Ahad, 1 Ogos 2010

RAMADHAN BAKAL MENJELMA LAGI.....

selamat menyambut ramadhan al-mubarak....

Ramadhan Tiba Lagi

Dengan rahmat Tuhan Ramadhan tiba lagi RamadanKareemMoon3
Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya
mahal dan besar-besar dari Tuhan
Hadiah buat orang bertaqwa
Bukan untuk orang Islam
Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim dan fasiq
Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam
Diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal
Di antara hadiah-hadiah itu ialah:

1. hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa
2. hadiah keredhaan-Nya juga mahal
3. kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan
4. rahmat-Nya
5. berkat dari-Nya dunia Akhirat
6. diberi-Nya pahala berganda-ganda.

7. hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah.
8. akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah
di antara hamba-hamba dengan Tuhan
Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja
Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba

Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan
Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan
maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya
Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba
dengan Tuhan

Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan
Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh
Tuhan
seperti yang akan disebutkan
Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi

dengan hadiah hadiah tadi
ada pulangannya
Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya:

1. Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa,
kesabaran, rasa hamba Rasa lemah, lembut hati, lapang
dada, bertolak
ansur

2. Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa
dilihat, Rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu,
rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, Gementar, takut, taubat, menyesal,

takut dengan dosa di masa depan.

3. Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran,
keinsafan, Terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-
Nya kepada insane, Hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki
hilang

4. Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan
mensucikan Tuhan, Memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal,
penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka

Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan
hatinya

Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat
Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi dengan rasa-rasa yang
telah disebutkan tadi

Orang bertaqwa sungguh dapat manghayati Ramadhan dengan akal
fikiran,

hati dan jiwa raganya

Ruh Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya

Ruh di atas roh, jiwa di atas jiwa

Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan

Itulah orang bertaqwa

Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar

Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan

Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan

Sesiapa yang tidak dapat memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada
Tuhan

seperti yang telah dinyatakan

Dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan

Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan

Dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan dan
keletihan

Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui

Adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?

Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada
Tuhan

setiap Ramadhan bukan?

Apakah hadiah hadiah kita itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah
disebutkan?

Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan

Berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan

Sungguh susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan

Kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum dan makan

Pesta borak-borak dan bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang

Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan

Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa

Ramadhan bukan pesta lahiriah

Atau pesta syariat rohnya tidak ada

4 ulasan:

Online Education Rocks berkata...

semoga bermanfaat

Top Business Careers berkata...

terima kasih atas informasinya

6 hours Technology berkata...

bagus sekali paparannya..

Home Improvement Albania berkata...

uraiannya sungguh begitu indah