bulan pesta makanan sudah bermula... pada bulan inilah tak kira kaum bersesak mengunjungi pasar ramadhan untuk mencari kuih muih atau lauk pauk sebagai juadah untuk berbuka umat islam khususnya... tradisi ini telah lama bermula dimana ia merupakan bulan rezeki kepada peniaga-peniaga... tetapi lupakah kita bahawa sebenarnya bulan ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan untuk melakukan ibadah... saya melihat contoh di tempat tinggal saya iaitu berhampiran sebuah universiti pendidikan di Malaysia pada waktu sebelah petang maka jalan raya akan jem... besesak orang yang datang tidak kira dengan pakwe @makwe dan dengan pakaian yang tidak senonoh. adakah dengan cara begini akan terus menjadi trend pada masa hadapan? amat rugilah jika kita terus mengamalkan dengan cara begini... saya tidak berkata semua orang macam ini tetapi adalah dalam 30% seperti yang sedemikian... jadi sebagai orang islam ayuh sama-samalah kita mencegah kemungkaran yang ada berhampiran dengan kita... selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati...
Ahad, 31 Ogos 2008
SOLAT TERAWIH
Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .
Lafaz niat: (Solat Sendiri)
Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala
Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas
Sabtu, 30 Ogos 2008
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA
ramadhan karem
RAMADHAN KAREEM
selamat menyambut ramadhan al-mubarak. syukur kehadrat ilahi kerana berkesempatan sekali lagi dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadah puasa iaitu satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan hikmah. teringat masa kecik2 dulu nak sambut bulan puasa. macam2 perasaan yang timbul takut2 tak dapat untuk puasa penuh. biasa la budak2kn
Isnin, 11 Ogos 2008
Pembuka bicara
Akan keluar suatu kaum akhir zaman, orang orang muda yang bodoh fikirannya. Mereka banyak mengucapkan perkataan "Khairil Bariyyah" (Maksudnya firman-firman Tuhan yang dibawa oleh Nabi.) Iman mereka tidak melampaui keronkongan mereka. Mereka keluar dari agama sebagai munculnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu lawanlah mereka" (Sahih - Imam Bukhari)
Langgan:
Catatan (Atom)