Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .
Lafaz niat: (Solat Sendiri)
Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala
Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan