Ahad, 31 Ogos 2008

PASAR RAMADHAN KEMBALI...







bulan pesta makanan sudah bermula... pada bulan inilah tak kira kaum bersesak mengunjungi pasar ramadhan untuk mencari kuih muih atau lauk pauk sebagai juadah untuk berbuka umat islam khususnya... tradisi ini telah lama bermula dimana ia merupakan bulan rezeki kepada peniaga-peniaga... tetapi lupakah kita bahawa sebenarnya bulan ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan untuk melakukan ibadah... saya melihat contoh di tempat tinggal saya iaitu berhampiran sebuah universiti pendidikan di Malaysia pada waktu sebelah petang maka jalan raya akan jem... besesak orang yang datang tidak kira dengan pakwe @makwe dan dengan pakaian yang tidak senonoh. adakah dengan cara begini akan terus menjadi trend pada masa hadapan? amat rugilah jika kita terus mengamalkan dengan cara begini... saya tidak berkata semua orang macam ini tetapi adalah dalam 30% seperti yang sedemikian... jadi sebagai orang islam ayuh sama-samalah kita mencegah kemungkaran yang ada berhampiran dengan kita... selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan tapi tak bermakna kita tak perlu berubah untuk baiki diri.semoga semua muslimin muslimat mengambil kesempatan bulan ramadhan bukan saja untuk berpuasa perut, tapi puasa mata dari melihat perkara yang tak elok,puasa lidah dari sakiti orang lain, puasa telinga dari dgr yang melalaikan,puasa hati dari sifat hasad dengki dan dosa-dosa lain.ingatan untuk diri saya sendiri juga.semoga saudara diberkati Allah.salam.